Written by AbangNara | October 23rd, 2009

beautifulnara project alpha

Selamat pagi dan apa khabar anda semua?

Di pagi hari Jumaat yang indah ini, saya(Abang Nara) ingin memgambil kesempatan untuk membuat sedikit artikel yang lain daripada yang lain. Saya ingin mengucapkan jutaan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada anda semua, pembaca BeautifulNara.com. Sesungguhnya ucapan ini lahir tulus dari hati saya yang hina ini kerana tanpa ada semua sememangnya BeautifulNara ini tak akan sepopular sekarang.

Saya tahu ramai yang semenjak dua ini agak kurang selesa dengan artikel-artikel yang kami paparkan tentang Project Alpha. Maaf saya pinta kepada mereka-mereka yang terasa begitu. Saya faham yang saya sepatutnya memperbanyakkan gosip-gosip untuk bacaan anda semua tetapi saya juga harap anda dapat memahami keadaan saya. Sebenarnya saya telah pun bersetuju untuk terlibat serta dengan Project Alpha dan sudah semestinya adalah tanggungjawab saya untuk mempromosi sebanyak boleh tentang video-video Project Alpha ini.

Di dalam Project Alpha ini, apa yang saya mahu kongsikan ialah bukan kehidupan saya yang tidak seberapa. Sekurang-kurangnya dengan menonton video-video BeautifulNara Project Alpha, dapatlah kalau tak banyak pun sedikit tips-tips blogging dari saya diapplykan dalam blog anda. Saya tahu saya memang nampak janggal dan kaku dalam lakonan, tetapi itulah yang terbaik dapat saya berikan. Jadi kalau rasa tak suka tengok Project Alpha pun tak apa sebab saya faham yang ianya tak sehebat mana.

Tapi tahukah anda bahawa sesungguhnya saya telah terpilih untuk membintangi Project Alpha dan juga tercalon untuk 2 anugerah Blog Awards Nuffnang(Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog) adalah kerana anda semua? Sebab itulah saya menulis artikel ini untuk memberi penghargaan kepada anda. Walaupun umur BeautifulNara belum pun mencecah setahun tetapi pencapaian-pencapaian ini semuanya possible kerana anda semua yang terus menyokong BeautifulNara. Dari tidak dikenali langsung sehinggalah terpampang di suratkhabar Kosmo, sesungguhnya jasa baik anda menghebahkan tentang kewujudan BeautifulNara tidak dapat saya balas.

Dan untuk makluman anda, ketika anda sedang membaca artikel ini, saya sebenarnya berada di dalam bas ke Singapura untuk malam gala Blog Awards Nuffnang. Menang atau kalah itu belakang cerita. Kalau menang sesungguhnya kemenangan ini adalah milik pembaca-pembaca BeautifulNara yang tak putus-putus mengundi. Kalau kalah pun tetap kami hargai segala usaha-usaha dan undian-undian anda.

Buat semua, sekali lagi saya memohon maaf sekiranya anda merasakan BeautifulNara kurang memberikan gosip-gosip terbaru dan sensasi seperti yang anda harapkan. Kepada pembaca-pembaca dan pengkomen-pengkomen setia BeautifulNara (anda tahu siapa diri anda), terima kasih kerana sudi memeriahkan BeautifulNara. Teruskan menyokong BeautifulNara dan jangan lupa menjadi fan BeautifulNara di Facebook. Kalau cukup 1,000 fan kami akan usahakan untuk membuat sedikit small gathering jika ada permintaan.

Sekali lagi terima kasih dan jutaan penghargaan kepada anda semua.

Comments are closed.