Ucapan Tahniah JDT Terpampang Di Papan Iklan Stadium Stamford Bridge

Trending

Ucapan Tahniah JDT Terpampang Di Papan Iklan Stadium Stamford Bridge

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditabal selaku Juara Liga Super 2017 sejak 5 Ogos yang lalu sekalipun tewas kepada pasukan Selangor.

Advertisement

Kejayaan tersebut menjadi kebanggaan warga Johor khususnya kerana berjaya merangkul gelaran juara liga buat kali keempat berturut-turut.

Tahun lepas, JDT sudah mencipta rekod apabila menjadi pasukan pertama yang melakar hatrik dalam memenangi gelaran juara liga.

Kali ini JDT sekali lagi membanggakan bukan sahaja peminat bola sepak di Johor, tetapi membanggakan Malaysia apabila ucapan tahniah atas kejayaan tersebut terpapar di iklan semasa perlawanan siaran langsung antara Chelsea menentang Nottingham Forest.

Ucapan yang bebunyi “Congratulations to Johor Darul Ta’zim FC From Carabao” itu datang dari Carabao selaku penaja Piala Carabao yang sebelum ini dikenali sebagai Piala EFL.

Tahniah JDT!

Sumber : The Sukan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...