Ucapan “Tahniah Datuk & Datin” Buat Nelydia & Suami Di IG Curi Perhatian Netizen

Hiburan

Ucapan “Tahniah Datuk & Datin” Buat Nelydia & Suami Di IG Curi Perhatian Netizen

Hantaran jurusolek terkenal, Rozlan Nassir, di Instagram menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto pelakon Nelydia Senrose bersama suaminya, Hafez Halimi.

Apa yang mencuri tumpuan ialah kapsyen Rozlan yang mengucapkan, “Tahniah Datuk Hafez Halimi dan Datin Nelydia,” seolah-olah memberi bayangan pasangan itu menerima gelaran kehormat.

Advertisement

Walaupun tiada penjelasan lanjut diberikan, netizen mula mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di ruangan komen.

datin nelydia senrose

Spekulasi semakin hangat apabila Rozlan turut berkongsi beberapa gambar dan video sambil meletakkan lokasi di Kuantan, Pahang iaitu bertepatan dengan Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-66 yang berlangsung pada hari sama di Istana Abdulaziz.

Usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Nelydia tidak berjaya apabila mesej tidak dibalas. Untuk makluman, Nelydia dan Hafez telah berkahwin pada 6 April 2019 dalam sebuah majlis tertutup dan sejak itu menjadi antara pasangan selebriti yang jarang berkongsi hal peribadi secara terbuka.

Nelydia senrose peluk tangan hariz hamdan
2025-07-20 14:59:53

“Perempuan Ada Laki Juga Dia Peluk, Ambil Kesempatan Je Tu” - Peluk Tangan Hariz Hamdan, Nelydia Senrose Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...