Pejam celik pejam celik, pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar rupa-rupanya sudah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga. Meskipun pernah dilanda badai, kekuatan cinta menyatukan mereka semula dan kini Zamarul dan Diana lebih bahagia.
Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 7, Zamarul menerusi akaun Instagram beliau meluahkan rasa syukur dengan segala kurniaan. Memang sweet habis lah.
7 years… Happy anniversary!
Setiap ujian dan dugaan yg pernah kita lalui insyaallah menjadikan kita lebih matang dalam kita menghabiskan sisa2 kehidupan kita.. Syukur allah kerana ujian yg kau berikan pada kami menjadikan kami lebih menghargai dan mengenali erti perkahwinan… Luv u @dianarafar lepas ni kalau nak bergaduh cepat2 plaster mulut k… Biar masing2 tak faham apa yg kita cakap… Tak puas hati tulis kat kertas aje….
Hahahaha #anniversary #sayangawakketaketat #life #myprincess #drglow #tambahbaby #lusayanggua #guasayanglu
Semoga jodoh Zamarul Hisham dan Diana Rafar berkekalan sehingga hujung nyawa. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 7, siapa tahu mungkin lepas ini ada rezeki untuk tambah anak lagi. Hehehe..