Semalam, 22 Ogos adalah hari jadi yang ke 30 buat Hanez Suraya.  Pada usia 30 tahun, Hanez menjalani kehidupan yang amat bahagia di samping suami tercinta, Romie serta anak-anak tirinya. Malah Hanez kini juga sedang meniti hari bakal bergelar seorang ibu. Tak salah untuk Abang Nara katakan kehidupan Hanez kini adalah apa yang diimpikan oleh semua wanita di luar sana. Semoga kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Hanez ini kekal sehingga ke akhir hayat.
Hanez Suraya telah pun berkongsi kata-kata daripada suaminya, Romie sempena dengan hari jadi yang 30 ini. Romantis, penuh nasihat dan sangat menusuk kalbu. Secara jujur, tiada apa yang dimahukan oleh seorang suami selain daripada isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak.
Di gambar di atas, Hanez menulis kata-kata memanjatkan kesyukuran kepada suaminya:-
Syukur Alhamdulillah.. Tahun pertama menjadi isteri dan bakal mommy.. Terima Kasih Suami.. Semoga menjadi ketua keluarga yg baik dan dpt membimbing I menjadi seorang isteri yg lebih baik.. InsyaAllah.. Amin.
Selamat hari jadi Abang Nara ucapkan kepada Hanez Suraya. Semoga segala cita-cita, impian dan harapan anda menjadi kenyataan. Semoga terus berbahagia di samping suami dan anak-anak tercinta.