Ucapan Penghargaan Jep Sepahtu Jadi Tumpuan, Ada ‘Mention’ Nama Shuib – “Saya Sangat Bersyukur..”

Hiburan

Ucapan Penghargaan Jep Sepahtu Jadi Tumpuan, Ada ‘Mention’ Nama Shuib – “Saya Sangat Bersyukur..”

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu akhirnya mengumumkan pengundurannya secara rasmi daripada sebuah stesen radio selepas sedekad bergelar penyampai.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, di mana pemilik nama Mohd Nadzri Zainal Abidin, 41, meluahkan rasa syukur serta penghargaan kepada para pendengar dan rakan sekerja yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang tempoh tersebut.

Advertisement

Dalam ucapan berkenaan, Jep turut menyifatkan tempoh 10 tahun sebagai satu perjalanan yang panjang dan bermakna dalam kerjaya penyiarannya.

“10 tahun adalah tempoh yang sangat panjang dan saya rasa sangat bersyukur di atas sokongan padu daripada pendengar,” katanya.

Paling menyentuh perasaan apabila Jep turut menyebut nama rakan seperjuangannya, Shuib Sepahtu, selain mengimbau kembali kerjasama bersama barisan penyampai lain dalam beberapa segmen radio yang pernah dikendalikan.

Jep Sepahtu Berhenti Jadi DJ Sinar FM Setelah 10 Tahun Berkhidmat

“Sudah semestinya kepada partners saya dahulu, daripada segmen Sepahtu Sinar iaitu saya, Rahim dan Shuib. Selepas itu, segmen Pagi Di Sinar bersama Rahim, Angah dan Siti Elizad, kemudian yang terbaharu saya bersama Rahim dan Ray,” ujarnya.

Jep turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi yang pernah bekerja dengannya dan mendoakan agar mereka terus berjaya dalam bidang masing-masing.

Dalam masa sama, Jep tidak lupa memohon maaf sekiranya terdapat tutur kata, gurauan atau sikapnya sepanjang 10 tahun itu yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menurut Jep, unsur gurauan merupakan sebahagian daripada keperluan untuk membina keserasian antara penyampai, namun beliau mengakui mungkin ada keterlanjuran yang berlaku tanpa disengajakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila Jep menyebut nama Shuib dalam ucapan tersebut. Ramai juga memuji sikap Jep yang disifatkan tidak pernah melupakan jasa baik rakan seperjuangannya itu sepanjang bergelar penyampai radio.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jep sepahtu
2026-01-23 13:05:09

Jep Sepahtu Berhenti Jadi DJ Sinar FM Setelah 10 Tahun Berkhidmat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...