Ucapan Menyambut Ramadhan Dari Pemain Piala Dunia 2014 #WC2014

Trending

Ucapan Menyambut Ramadhan Dari Pemain Piala Dunia 2014 #WC2014

Kehadiran Ramadan, menjadi ujian besar buat pemain beragama Islam yang kini beraksi pada kempen Piala Dunia di Brazil. Ini adalah pertama kali dalam tempoh 28 tahun, Ramadan disambut serentak dengan kejohanan bola sepak berprestij itu. Kali terakhir adalah ketika Mexico menjadi tuan rumah pada tahun 1986.

Suhu semasa dicatatkan adalah antara 25 hingga 32 darjah celsius dan kebanyakan perlawanan pula berlangsung sebelah petang. Ketua pasukan Algeria, Madjid Bouguerra ketika diwawancara media negaranya mengakui ia cabaran besar kepada pemain, namun baginya bukan asing dan pernah melalui pengalaman sama ketika beraksi bersama kelab Eropah, Glasgow Rangers.

Advertisement

Pertahanan Perancis, Bacary Sagna pula yang ditemubual The Associated Press (AP) di Ribeirao Preto, tahu bahawa terdapat kelonggaran tertentu yang membolehkan seseorang untuk menangguhkan puasa.

“Sebagai seorang Muslim saya tahu beberapa undang-undang yang membolehkan anda untuk tidak berpuasa. Saya tidak akan berpuasa tetapi saya menghormati mereka yang akan menunaikan ibadat ini,” kata pemain yang berasal dari Senegal, yang dilaporkan EFE.

Seorang lagi pemain yang tidak berpuasa adalah Mesut ozil dari german. Beliau juga menegaskan perkara yang sama dan ingin memberi focus kepada latihan bersama skuad German.


Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...