Semalam Ahmad Fakharuddin Attar iaitu anak comel pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 2.
Bersempena dengan ulangtahunnya itu, Aeril telah memuat naik foto bersama satu ucapan yang cukup bermakna buat anaknya itu di laman Instagram miliknya.
Ucapan tersebut diiringi dengan doa dan harapan agar anaknya itu akan menjadi seorang yang soleh dan dapat menggembirakan hati ibu bapanya bila besar nanti.
Selamat ulangtahun kelahiran yg ke 2 Ahmad Fakharuddin Attar. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya, menjadi anak yang soleh…. yang boleh menggembirakan hati abbiy dan ummi. Semoga termakbul segala doa2 abbiy & ummi buatmu Attar syg. Amin.
Setiap saat bersamamu akan kusimpan dalam diari hidupku… Semoga kau menjadi manusia yang terindah, bermanafaat di dunia dan bererti di akhirat… setelah kami sudah tiada di dunia nanti… kami berharap amalan-amalanmu bisa menjadi cahaya di saat terselubungnya kegelapan.
InshaAllah apa yang di doakan oleh Aeril Zafrel itu akan termakbul. Selamat ulangtahun kelahiran kami ucapkan buat Attar semoga menjadi anak yang soleh. Amin..