Bukan sahaja mempunyai wajah yang jelita, pelakon Nur Fazura juga seorang yang lemah lembut dan mempunyai sifat penyayang serta sangat menghargai orang sekeliling terutama sekali keluarga tercinta.
Bersempena dengan hari jadi ibu mertuanya, Puan Azizah yang ke 48, Fazura telah memuat naik satu ucapan yang ringkas tetapi masih lagi ‘sweet’ dan penuh bermakna.
Dalam ucapannya itu, Fazura mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya yang tidak pernah berhenti mencurahkan kasih sayang kepadanya dan juga kerana melahirkan suaminya, Fattah Amin yang disifatkan sebagai seorang suami yang baik dan sering membuat beliau rasa bahagia.
Rata-rata netizen tersentuh hati dengan kata-kata Fazura itu mendoakan agar hubungannya dan Puan Azizah akan kekal harmoni serta penuh kasih sayang begini sehingga ke syurga. Tidak kurang juga ada yang memuji betapa beruntungnya Fazura mendapat seorang ibu mertua yang baik.

Alanice
August 30, 2018 at 3:58 pm
Lopak gak melopong
Anonymous
September 1, 2018 at 1:40 am
belum masanya lagi. tak perlu la nak mengata macam2. bukannya fazura tak pernah melopong dulu.
hola
August 30, 2018 at 3:14 pm
Selamat Hari Lahir buat MIL Fazura. Nampak Fazura mcm “hiding something” je baju nampak besar huhuhuhu
Anonymous
August 30, 2018 at 12:39 pm
Fattah & Fazura yg glamour kebaboom tak ubah pun imej ibu tu. Baguss sangat meaning mereka ikhlas tak kira rupa & pakai apa. Tak yah fake sangat like sesetengah orang
Mia
August 30, 2018 at 12:14 pm
Fazura kak long la ye.. sbb fattah anak sulungkn.. comel pulak fazura jd k.long.. hehehehe.. btw happy birthday mak fattah.. moga diberkatiNya selalu.. umur kakak saya mak fattah ni.. muda lg rupanye..