Ucapan Bella Astillah Untuk Kekasih Didi Undang Sebak – “Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan…”

Hiburan

Ucapan Bella Astillah Untuk Kekasih Didi Undang Sebak – “Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan…”

Ucapan aktres berasal dari Sabah, Bella Astillah untuk teman lelaki adiknya, Didi Astillah iaitu Diniey Ng baru-baru ini mengundang rasa sebak ramai.

Menerusi TikTok tular rakaman ucapan Bella bersempena dengan ulang tahun kelahiran lelaki itu yang disambut dengan keluarga.

Advertisement

 

Terima kasih sebab sabar

Seorang demi seorang memberikan ucapan masing-masing termasuklah anak Bella, Ayden dan ketika tiba giliran amtres itu, ucapannya membuatkan suasana menjadi sebak.

bella didi

Bella memulakan ucapan dengan berterima kasih kepada Diniey kerana bersabar dengan Didi yang disifatkan panas baran dan dia berharap agar lelaki itu tidak berubah.

Kak Long happy sebab Didi dapat lelaki yang sabar. Sebab Kak Long kenal macam mana perangai adik adik Kak Long. Mereka ini tak ada kesabaran.

 

Cukuplah sayang, setia dan hormat

Ibu kepada dua cahaya mata itu kemudian berkata dia tidak mengharapkan insan yang akan menjaga adiknya kelak menjadi seorang yang kaya raya.

Katanya, cukuplah menjadi insan yang menyayangi adiknya, setia dan hormat pada keluarga.

Cukuplah Kak Long je yang gagal dalam perkahwinan, taknak adik lalui benda yang sama. Cuma Kak Long harap jangan sebelum kahwin jelah (bersabar) dan jangan pernah berubah.

@ngdinieyI feel so lucky to have you guys in my life. Terima kasih semua ❤️🥺♬ original sound – Diniey Ng

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...