Ucap Simpati Sambil Bergambar Di ‘Gym’, Menteri NZ Dikecam

Dunia

Ucap Simpati Sambil Bergambar Di ‘Gym’, Menteri NZ Dikecam

Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar swafoto di gimnasium beserta ucapan simpati beliau kepada mangsa bencana tsunami di Tonga.

Hantaran itu menerima kecaman hebat apabila rata-rata netizen menyifatkan hantaran itu sebagai tidak sensitif.

Advertisement

Hal ini kerana, beliau menzahirkan rasa simpati mengenai bencana tetapi menggunakan gambar yang tidak bersesuaian dengan ucapan tersebut.

Doa kami bersama penduduk Tonga. Kami telah menghantar pasukan tindak balas dan lebih banyak bantuan akan disalurkan.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial memberi respon dan meninggalkan pelbagai komen menyelar tindakan Henare.

peeni

Dalam pada itu, Henare telah membuat permohonan maaf berhubung kontroversi gambar tersebut.

Saya memohon maaf sekiranya gambar itu menyinggung perasaan sesiapa sahaja.

Menurutnya, tujuan gambar itu dimuat naik adalah untuk meminta orang ramai menonton sidang akhbar yang diadakan bagi memaklumkan maklumat terperinci mengenai situasi di Tonga tersebut.

Luna
2 years ago

Bekukan Ovum Siap-Siap, Luna Maya Akui Takut Jodoh Sampai Lambat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...