Uber & Grabcar : Undang-Undang Digubal, Aplikasi Tempahan Teksi Akan Dibangunkan

Trending

Uber & Grabcar : Undang-Undang Digubal, Aplikasi Tempahan Teksi Akan Dibangunkan

aziz-kaprawi-uber-grabKerajaan akan menggubal undang-undang bagi mengawal perkhidmatan membawa penumpang dalam talian, termasuk mewajibkan pemandunya mendaftar dan memohon lesen memandu kenderaan awam (PSV).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang dipetik Sin Chew Daily berkata, kerajaan turut akan membantu persatuan teksi di dalam negara ini, dengan membangunkan aplikasi tempahan teksi.

Advertisement

Menurutnya, langkah mewajibkan pemeriksaan teksi setiap enam bulan sekali, juga akan diubah kepada setahun sekali, bagi mengurangkan kos penyelenggaraan teksi.

Jelasnya, kerajaan akan mempertimbangkan cara pemberian peruntukan, bagi membantu persatuan pemandu teksi membangunkan aplikasi tempahan teksi, seperti yang digunakan Uber atau MyTeksi.

“Sudah banyak kali Kementerian Pengangkutan berbincang dengan persatuan pemandu teksi dan kerajaan berharap dapat memenuhi keperluan pengusaha serta pengguna pada masa sama,” katanya selepas menghadiri Seminar Antarabangsa Selat Melaka 2016, hari ini.

Jelasnya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan transformasi terhadap sistem perkhidmatan teksi, dalam tahun ini.

Beliau juga berharap melalui teknologi, penggunaan perkhidmatan teksi dapat dipermudahkan, selain meningkatkan kecekapan teksi dan seterusnya mengurangkan kes penumpang ditipu pemandu teksi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...