“Uber & Grab Car Tiada Insurans, Keselamatan Penumpang Tak Terjamin” – Pengusaha Teksi

Trending

“Uber & Grab Car Tiada Insurans, Keselamatan Penumpang Tak Terjamin” – Pengusaha Teksi

uber-grab

Perkhidmatan kereta sapu, Uber dan Grab didakwa tidak menyediakan perlindungan insuran kepada penumpang mereka.

Advertisement

Pengasas Teksi Premium Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail tidak menolak kemungkinan risiko yang tinggi menanti penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta sapu sekiranya berlaku kemalangan, lapor portal FMT.

“Uber hanya ada insuran persendirian sahaja dan ia tidak sama dengan teksi yang mempunyai insuran perdagangan,” kata Shamsubahrin.

“Keselamatan sudah tentu tidak terjamin. 100% tidak terjamin,” tegas beliau kepada FMT; “Pertama, tidak ada insuran. Kedua, kereta tidak ada permit. Ketiga, pemandu tidak ada permit. Kalau berlaku kemalangan penumpang tidak boleh saman.”

Para pemandu teksi menyuarakan ketidakpuasan hati sejak perkhidmatan membawa penumpang untuk bayaran diperkenalkan oleh Uber dan Grab ke Malaysia.

Baru-baru ini, kira-kira 100 pemandu teksi menunjuk perasaan di Bukit Bintang mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan berasaskan aplikasi itu.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia berbelah bahagi dalam isu ini dan bukan sedikit yang menyokong perkhidmatan Uber dan Grab.

“Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Ab Aziz Kaprawi) kata Uber wajib ambil insuran komersial dan kena berdaftar dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) serta perlu ke Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) untuk mendapatkan permit, dan baru dapat insuran.

“Tetapi Uber tidak mahu ikut,” ujar Shamsubahrin. Menurut beliau, kos untuk insuran perdagangan bagi sebuah kereta memakan belanja RM2000 hingga RM5000 setahun.

Pada July tahun lalu, portal Malay Mail Online melaporkan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai berkata syarikat insuran boleh menafikan liabiliti sekiranya pemandu Uber atau Grab terbabit dalam kemalangan kerana membawa penumpang tidak termasuk dalam insuran mereka.

“Industri (teksi) tidak bantah Uber tetapi cara perlaksanaan Uber itu salah dan pihak kerajaan kena berani ambil tindakan,” jelas Shamsubahrin.

Bagaimanapun ketika, Grab dalam satu kenyataan berkata pihaknya mempunyai perlindungan kemalangan peribadi (PAI) yang menawarkan insuran percuma tambahan disamping insuran kenderaan dagangan.

Polisi mereka melindungi kematian akibat kemalangan, terputus anggota secara kekal dan kecederaan pada tubuh sekiranya terbabit dalam kemalangan buat pemandu dan penumpang sehingga RM64,200 setiap seorang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...