Baru-baru ini tular di laman Facebook, satu hantaran yang dikongsikan oleh seorang ahli farmasi yang dikenali sebagai Encik Izz telah menceritakan satu kejadian yang berlaku di Farmasi APM Kota Tinggi.
Menerusi hantaran tersebut, seorang lelaki warga emas dalam lingkungan 62 tahun dipercayai mempunyai penyakit darah tinggi dan sakit jantung ingin membeli ubat selsema iaitu Clarinase.
Difahamkan, lelaki warga emas berkenaan ingin membeli ubat tersebut selepas anaknya yang berusia 19 tahun dan tiada masalah kesihatan yang makan ubat selsema Clarinase dan terbukti sembuh dengan cepat.
Namun, ubat selsema Clarinase ini mengandungi Decongestants dan tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi kerana Decongestants boleh menaikkan lagi darah tinggi lelaki warga emas tersebut.
Menurut Encik Izz, Decongestants yang terkandung dalam ubat selsema ini bertujuan untuk membantu mengurangkan hidung tersumbat. Tetapi Decongestants ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai darah tinggi, glaucoma, rentak jantung tidak sekata, dan lain lain lagi.
Dalam pada itu, Izz turut menasihati orang ramai untuk tidak mengambil ubat yang tidak sesuai dengan tubuh badan mereka, selain menghadiri mana-mana Farmasi atau Klinik terdekat bagi mendapatkan cadangan ubat apa yang sesuai dengan diri masing-masing.
Meninjau dirungan komen, rata-rata warganet tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih atas matlumat yang diberi.
“Patut la anak tak baik-baik selsema, ubat tak sesuai,” tulis seorang netizen.
“Terima kasih doktor, info yang amat berguna ni,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.