Baru-baru ini, penyanyi tersohor Shila Amzah dan suami, Ubai ada menganjurkan majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira.
Di hari keramaian itu, kelihatan hubungan yang dahulunya keruh bersama ibu dan bapa Shila dilihat kembali jernih dan berbaik semula.
Ketika ditemui media, Shila turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran semua pihak yang turut sama-sama meraikan hari bahagia itu.
Turut kelihatan ibu Shila dan bapa, penyanyi ND Lala yang bergambar bersama-sama Ubai, Shila dan Rhea.
Menjengah ke ruangan komen, netizen terutama peminat pasangan itu meluahkan rasa syukur melihatkan hubungan yang kembali pulih.
Ubai contoh suami yang baik, boleh kumpulkan semua ahli keluarga yang terpisah. Isteri yang baik adalah hasil didikan suami.
Terdahulu, Shila dilaporkan mempunyai masalah dengan adiknya, Syada Amzah dan ibu, Fauziah Sarman gara-gara tindakannya ingin menjual banglo kediamannya sebelum ini.
Bapa Shila, ND Lala pula terpalit dengan kontroversi berkahwin lagi satu dengan rakan Shila sendiri serta ujian perceraiannya bersama Fauziah.
Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada 9 Mei lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.