Semasa hendak pergi bercuti bersama keluarga, sudah tentu mahukan tempat yang selesa untuk keluarga. Namun kadangkala soal bajet pula yang jadi hal.
Namun sebenarnya, untuk dapatkan suasana yang agak selesa tak perlu pun mengeluarkan belanja yang besar. Asalkan selesa untuk menginap dah cukup bagus.
Seorang lelaki bernama Kas Hariz telah mengubahsuai sebuah van buruk jenis Datsun C20 tahun 1983 menjadi sebuah Camper Van yang cukup selesa dan kini digunapakai olehnya untuk makan angin tanpa perlu memikirkan kos penginapan yang tinggi.
Alhamdulillah, Hujung tahun hari tu kami ke Teluk Senangin berkhemah dalam campervan kami yang kecil ni. Pertama kali ke sini. Cuaca pun baik dan suasana malam tahun baru yang tenang bertemankan bunyi ombak dan angin malam pantai yang mendamaikan.
Bukanlah rancangan menyambut tahun baru sebenarnya, cuma menghabiskan sisa cuti yang berbaki.
Ini adalah pengalaman pertama kami bersama van berusia 34tahun ini membuat perjalanan yang sedikit jauh. Alhamdulillah kami selamat sepanjang perjalanan walaupun diberi sedikit ujian ketika pergi dan pulang.
Supaya kami lebih mengenali hati budi van kami maka Allah uji kami sekeluarga sebagai tanda kasihNya. Kami bersyukur untuk ujian menghadapi permulaan tahun 2017 ini.
Selepas ini kemana ? kami pun belum pasti..hehe.
ikuti kami di Instagram ourdatsunc20
*untuk ingatan semua, bersamalah kita menjaga kebersihan alam sekitar, kebersihan sebahagian dari iman. Sedih melihat sampah yang bertaburan di sana.
terima kasih.
Jom layan gambar-gambar percutian beliau.
Sumber : My Campervan Malaysia