Ubah Suai Stadium Muhammad IV, Datuk Vida Ambil Ilham Stadium Old Trafford

Trending

Ubah Suai Stadium Muhammad IV, Datuk Vida Ambil Ilham Stadium Old Trafford

12509887_581479835337818_1103965329654332133_n

Reka bentuk dalaman Stadium Old Trafford milik pasukan bola sepak Manchester United akan memberi suntikan idea baru terhadap Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, di Kelantan.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang bakal mengunjungi United Kingdom pada bulan depan untuk melihat sendiri reka bentuk stadium itu.

“Insya-Allah saya akan ke Manchester pada 25 Februari depan. Semua ini dilakukan demi memperincikan sentuhan terakhir pada wajah baharu Stadium Sultan Muhammad IV yang diharap akan menjadi mercu tanda Kelantan.

“Konsep stadium ini adalah ilham daripada pasukan Manchester United. Mereka berjaya bukan sahaja kerana kekuatan pasukannya tetapi punyai penyokong yang ramai,” katanya memetik mStar.

Advertisement

Bukan setakat itu sahaja, beliau yang dipanggil Datuk Vida ini juga mahu mewujudkan ruangan khas penjualan koleksi The Red Warriors (TRW) dan produk kesihatan serta kecantikan daripada syarikatnya.

Vida juga akan memaklumkan draf lakaran awal stadium itu bakal diserahkan pada Jumaat ini ketika majlis menandatangani perjanjian penaja antara syarikatnya dan KAFA.

Manakala sentuhan terakhir sebelum dimuktamadkan akan diserahkan sekembalinya lawatan beliau ke United Kingdom kelak.

Beruntungnya orang Kelantan. Lepas ni boleh tengok Old Trafford versi Malaysia di Kelantan.. :)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...