UAE Kini Benarkan Tinggal Bersama Tanpa Berkahwin dan Minum Arak

Travel

UAE Kini Benarkan Tinggal Bersama Tanpa Berkahwin dan Minum Arak

Siapa sangka, sebuah negara seperti UAE (United Arab Emirates) atau Emiriah Arab Bersatu telah membuat penggubalan atau rombakan yang cukup jauh berbeza dari apa yang kita sangka.

Terkini, UAE telah membenarkan individu untuk minum arak. Untuk makluman anda, selama ini, minuman arak diharamkan di negara tesebut kecuali jika anda mempunyai lesen untuk membeli dan minum di rumah.

Advertisement

kelab di dubai

Untuk pengusaha perniagaan pula, minuman berakohol sebelum in boleh dijual di kelab malam dan juga bar termasuklah di sesetengah lokasi di serata UAE tetapi terhad kepada warga asing.

Bukan itu sahaja, UAE juga kini membenarkan dua individu atau pasangan untuk tinggal bersama walaupun mereka tidak mempunya ikatan yang sah (nikah).

tinggal serumah

Untuk makluman, waktu dahulu, UAE menganggap mana-mana pasangan yang tingaal sebumbung tanpa berkahwin sebagai satu kesalahan yang cukup besar.

Langkah rombakan ini diambil, menurut Mirror UK adalah susulan dari jalinan hubungan yang dibuat oleh negara Israel baru-baru ini.

Tambah mereka lagi, dengan jalinan hubungan ini, sumber ekonomi dan juga pelaburan bakal bertambah dengan rombakan dua undang-undang ini.

Sumber : Mirror UK & Daily Mail

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...