Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“U Did Well! Hugs!” Neelofa Beri Semangat Buat Nabila Razali Setelah Hebat Dikritik Di AJL35

Neelofa

Personaliti popular dan juga usahawan, Neelofa dilihat telah tampil memberi semangat buat penyanyi Nabila Razali yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada malam tadi.

Nabila RazaliSumber : Twitter Nabila Razali  

Neelofa tampil memberi ucapan semangat menerusi satu ciapan di Twitter miliknya dan turut berbangga dengan penyanyi itu kerana telah berbuat sehabis baik.

Advertisement

Nabila yang menyampaikan lagu berjudul Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini telah dikritik teruk oleh netizen dan penonton AJL35 kerana sedikit ‘terkucil’ ketika awal persembahan sehingga akhir.

“Proud of you @_nabilarazali. U DID WELL!! HUGS!!” tulisnya ringkas.

Advertisement

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang merasakan bahawa Nabila sudah mencuba yang terbaik meskipun sering dikritik tidak pandai menyanyi dan sebagainya oleh netizen.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah klip video pendek yang memaparkan saat Nabila tidak menyampaikan lagu tersebut dengan baik telah berlegar di internet.

Meskipun ramai yang mengecam penyanyi muda tersebut, ada juga yang masih menyokong Nabila kerana berani melakukan persembahan di sebuah pentas berprestij dan berskala besar.

SUMBER : Twitter Neelofa
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:42 pm

    Rakan seartis yang bidang lain puji, boleh. Netizen yang sesetengahnya berpendidikan dalam bidang Nabila sendiri, yang walhalnya Nabila sendiri tak berlatarbelakangkan bidang tu, nak tegur dia tak boleh? Suka mengadu double standard, tapi sendiri salah guna kuasa bila perlu.

  2. tecit

    March 15, 2021 at 4:48 pm

    aduhhh kejamnyee yg buat video ni omgeeee. this wll be in history forever gaiss omgeeee hahahaha

Leave a Reply to tecit Cancel reply

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama