“U Did Well! Hugs!” Neelofa Beri Semangat Buat Nabila Razali Setelah Hebat Dikritik Di AJL35

Hiburan

“U Did Well! Hugs!” Neelofa Beri Semangat Buat Nabila Razali Setelah Hebat Dikritik Di AJL35

Personaliti popular dan juga usahawan, Neelofa dilihat telah tampil memberi semangat buat penyanyi Nabila Razali yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) pada malam tadi.

Nabila RazaliSumber : Twitter Nabila Razali  

Neelofa tampil memberi ucapan semangat menerusi satu ciapan di Twitter miliknya dan turut berbangga dengan penyanyi itu kerana telah berbuat sehabis baik.

Advertisement

Nabila yang menyampaikan lagu berjudul Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini telah dikritik teruk oleh netizen dan penonton AJL35 kerana sedikit ‘terkucil’ ketika awal persembahan sehingga akhir.

“Proud of you @_nabilarazali. U DID WELL!! HUGS!!” tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang merasakan bahawa Nabila sudah mencuba yang terbaik meskipun sering dikritik tidak pandai menyanyi dan sebagainya oleh netizen.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebuah klip video pendek yang memaparkan saat Nabila tidak menyampaikan lagu tersebut dengan baik telah berlegar di internet.

Meskipun ramai yang mengecam penyanyi muda tersebut, ada juga yang masih menyokong Nabila kerana berani melakukan persembahan di sebuah pentas berprestij dan berskala besar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter Neelofa

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...