Tya Arifin Dipuji Merendah Diri – “Meski Kaya Tetap Hantar Anak Sekolah Kerajaan”

Trending

Tya Arifin Dipuji Merendah Diri – “Meski Kaya Tetap Hantar Anak Sekolah Kerajaan”

Usahawan dan pelakon, Tya Arifin atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari Arifin, menerima pujian ramai selepas berkongsi rutin menghantar anak-anaknya ke sekolah kerajaan.

Menerusi hantaran di IG, Tya dilihat berada di sekolah anak sulungnya, Arif Jiwa, bagi mengambil kad laporan serta menghadiri perbincangan bersama guru.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Sambil berseloroh, Tya menulis bahawa dia hampir “pengsan” mendengar laporan guru mengenai anak lelakinya. Dalam masa sama, Tya turut menguruskan kemasukan anak keduanya, Azzahra, ke tahun satu pada tahun hadapan.

Tulisnya,

Dulu saya yang duduk di bangku sekolah ini, sekarang giliran hantar anak pula.

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sikap rendah diri Tya yang tetap memilih sekolah kebangsaan untuk anak-anaknya meskipun bergelar jutawan. Ada juga yang memuji sikap sederhana Arif yang kelihatan membeli jajan di luar sekolah.

Untuk rekod, Tya mendirikan rumah tangga dengan usahawan Asyraf Khalid pada 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Lain Dari Yang Lain! MTHQA Ke-65 Bakal Cipta Rekod Bacaan Al-Quran Terpanjang Dalam Kereta Api Dari KL Sentral Ke Hatyai
2025-07-15 15:04:08

Lain Dari Yang Lain! MTHQA Ke-65 Bakal Cipta Rekod Bacaan Al-Quran Terpanjang Dalam Kereta Api Dari KL Sentral Ke Hatyai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...