Twitter telah memperbaharui polisi COVID-19 yang akan memadam tweet pengguna berkaitan berita tidak benar tentang wabak COVID-19. Perkongsian di Twitter berkenaan berita tidak sah akan meningkatkan lagi tindakan orang ramai untuk panik, berlakunya rusuhan dan menyebabkan gangguan skala besar.
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira salah faham maklumat COVID-19 yang berlaku di media sosial. Kebanyakan masyarakat mengambil langkah yang terburu-buru disebabkan oleh penyebaran berita yang tersebar pantas di setiap platform media sosial.
Twitter secara khusus ada menyebut tentang perkongsian yang menghasut orang lain untuk merosakkan infrastruktur 5G termasuk dalam kandungan polisi yang telah diperbaharui. Teori konspirasi palsu yang berlaku telah dikaitkan di antara teknologi 5G dan COVID-19 di laman tersebut.
Perkongsian yang berbaur hasutan untuk merosakkan menara 5G akan dikeluarkan. Selain itu, YouTube juga telah mengambil keputusan mengenai penyebaran maklumat salah dan tidak tepat tentang wabak ini.
Jurucakap Twitter menegaskan bahawa Twitter tidak akan mengambil tindakan undang-undang yang ketat terhadap perkongsian maklumat yang kurang jelas atau meragukan. Namun, kepentingan utama yang akan dilakukan ialah mengeluarkan kandungan COVID-19 yang dilihat berpotensi untuk menghasut orang lain.
Update: we’re expanding our safety rules to include content that could place people at a higher risk of transmitting COVID-19.
Now, we will require people to remove Tweets that include the following:
— Twitter Safety (@TwitterSafety) March 18, 2020
Sejak polisi baru ini diperkenalkan pada 18 Mac lepas, Twitter kini telah memadam lebih daripada 2,230 perkongsian dengan kandungan kategori “menyesatkan dan berpotensi untuk menjadi bahaya”.
Selain Twitter dan YouTube, platform media yang lain seperti Facebook, Google, Linkedln, Microsoft dan Reddit turut menyertai langkah untuk memerangi penipuan dan maklumat salah yang disebarkan tentang COVID-19.