Twitter Bakal Berdepan Denda Atas Tuduhan Menyalahgunakan Maklumat Peribadi Pengguna

Trending

Twitter Bakal Berdepan Denda Atas Tuduhan Menyalahgunakan Maklumat Peribadi Pengguna
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) Amerika Syarikat sedang menyiasat syarikat media sosial Twitter yang dikatakan mempunyai kemungkinan penyalahgunaan maklumat peribadi bagi tayangan iklan.
Perkara itu dilaporkan oleh agensi berita Sputnik memetik laporan The New York Times (NYT).

Jika sabit kesalahan, Twitter bakal berdepan dengan denda berjumlah AS$150 juta hingga AS$250 juta untuk dakwaan pelanggaran peribadi.

Twitter menyatakan pihak FTC telahpun memulakan kertas siasatan bermula Oktober lalu setelah rangkaian media sosial itu menghubungkan pangkalan data maklumat peribadi pengguna yang dimilikinya untuk tujuan keselamatan, dengan sistem yang digunakan oleh rakan pengiklanannya.

Advertisement

Gambar hiasan

Twitter bagaimanapun memberitahu tindakan tersebut tidaklah disengajakan.

Tindakan Twitter itu jika benar boleh melanggar perjanjian 2011 mengenai maklumat peribadi pengguna yang ditandatangani oleh syarikat itu dengan FTC, iaitu Twitter dilarang mengelirukan orang ramai mengenai langkah keselamatan dan perlindungan yang diambilnya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...