Insomnia adalah sejenis penyakit gangguan tidur di mana penghidapnya mempunyai masalah untuk tidur. Mereka yang mempunyai masalah ini biasanya akan susah untuk tidur atau susah untuk tidur dengan lena bagi waktu yang panjang.
Sebuah produk yang simple ini mungkin boleh membantu membaiki masalah bagi mereka yang merana kerana insomnia ini.
Baru-baru ini Lush, sebuah syarikat yang mengeluarkan barangan kosmetik telah memperkenalkan sebuah produk penyembur badan bagi membantu mendapatkan tidur yang lena. Produk yang diberi nama Twilight ini telah mendapat sambutan hangat dikalangan ramai setelah mula diperkenalkan.
Menurut Lush, aroma penyembur ini diperbuat daripada campuran harmoni bunga lavender dan juga kacang tonka. Produk yang baik dan berkualiti mesti lah datang dengan harga yang “baik”. Sebotol 200ml penyembur ini dijual dengan harga £20 (RM110).
Difahamkan aroma semburan Twilight ini dapat menenangkan perasaan sambil membantu si pemakai untuk senang tidur. Aroma manis semburan ini juga dikatakan sesuai bagi kegunaan harian.
Selain Twilight, Lush juga ada mengeluarkan produk losyen badan yang diberi nama Sleepy bagi tujuan yang sama. Produk ini dijual dengan harga £7.95 (RM43) bagi bekas kecil 95g dan £13.95 (RM76) bagi bekas besar 215g.
Kedua-dua produk ini boleh digunakan dengan serentak bagi mendapatkan kesan yang lebih efektif. Pelanggan-pelanggan produk Lush ini sendiri sangat kagum dengan keberkesanannya setelah mencubanya.