‘Tweet’ Terbaru Ubai Untuk Isteri Tercinta Curi Perhatian – “Harap Shila Kuat Jalani Ujian Ini Bersama Anak & Suami”

Hiburan

‘Tweet’ Terbaru Ubai Untuk Isteri Tercinta Curi Perhatian – “Harap Shila Kuat Jalani Ujian Ini Bersama Anak & Suami”

Konflik yang berlaku dalam keluarga penyanyi Shila Amzah masih belum reda dan ramai mula membicarakan tentang hal-hal membabitkan institusi kekeluargaan sejak pergaduhan mereka tular.

Ramai yang berkata masyarakat kita belum sepenuhnya sedar bahawa hakikatnya memang ada keluarga atau ibu bapa yang toksik dan menggunakan anak-anak.

Advertisement

Sudah tentu sebagai suami Ubai memberikan sokongan penuh dan menjadi tulang belakang Shila Amzah di saat isterinya melalui ujian ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

Dikenali dengan karakter yang bersahaja, santai dan suka melawak, pempengaruh yang juga seorang produser itu mencuri perhatian warganet dengan hantaran terbarunya di Twitter.

Menerusi hantaran itu, Ubai berkata orang ramai boleh belajar banyak benda untuk dijadikan pengajaran daripada kes Shila Amzah dan keluarganya.

Namun, ucapan Ubai terhadap Shila mencuit hati kerana dia sempat bercanda tentang isu tersebut dipercayai untuk mengurangkan tekanan itu.

Harap Shila kuat menjalani ujian ini bersama suami dan anak.

Ramai pengguna Twitter membalas dan memberi respon terhadap tweet tersebut dan ada yang berseloroh menyuruh Ubai move on kerana Shila sudah berkahwin.

ubai tweet lama
1 year ago

"From Kak Sha Jadi Sayang Terus" - 'Tweet' Lama Ubai Tular, Dari Zaman 'Form 2' Dah Minat Shila Amzah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...