October 6th, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita, Maya Karin? Sejak kebelakangan ini dia antara selebriti yang lantang bersuara mengenai pelbagai isu di media sosial.

maya karin

Terbaru, nama Maya menjadi bualan hangat apabila dia berkongsi pengalaman bertemu dengan seorang pelajar sekolah rendah berusia 10 tahun yang tidak pandai berbahasa Inggeris.

Advertisement

Berada di Kuala Terengganu bagi menjalankan kempen membaca, Maya mempersoalkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak tempatan walaupun hanya sekadar soalan asas.

“Adik umur berapa tahun?”

maya karin budak 10 tahun bahasa inggeris

Maya bertanya tentang umur pelajar tersebut dalam bahasa Inggeris tetapi tidak mendapat sebarang respon. Pelakon itu merasa terkilan apabila soalan itu hanya dijawab oleh kanak-kanak berkenaan selepas dia bertanyakan dalam bahasa Melayu.

Memandang ia sebagai satu perkara serius, Maya turut menyebut nama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee untuk membuat sesuatu mengenai situasi tersebut.

“Sejak bila wajib untuk bercakap

bahasa Inggeris, bahasa utama

bahasa Melayu”

maya karin bahasa inggeris

Tidak semua memahami apa yang cuba disampaikan oleh Maya. Rata-rata netizen menyifatkan dia seakan merendah-rendahkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Terengganu. Kata netizen, mungkin ada pelajar yang merasa malu untuk berbicara dalam bahasa tersebut kerana persekitaran yang berbeza.

maya karinmaya karin budak 10 tahun tidak faham bahasa inggerismaya karinmaya karinmaya karin terengganuPada pendapat kami, ramai yang sudah salah faham dengan mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh Maya. Memahami kepentingan bahasa Inggeris akan membantu seseorang itu menjadi fasih dan mengubah hidup mereka.

Advertisement

19 responses to “Tweet Maya Karin Persoal Budak 10 Tahun Lemah Bahasa Inggeris Dikecam Netizen”

  1. Anonymous says:

    Tak semua manusia yg Allah ciptakan itu pandai dan bijaksana. Atau kaya raya. Balance. Kerana jika semua manusia bijak dan kaya raya. Tidak ada yg akan menunduk kebawah.. sentiasa mendongak kelangit. Berpesan2lah.

  2. Aku says:

    Are aku kesah betul ke tak cakap tu? KO tanya sikit.. agama dia ok ke idak?. Dok tgur bahasa inggeris bebenor, gaya macam Islam tapi cam Kapir jerk. Tak malu ke?. PE ke dehal dengan bahasa inggeris.. segala rezeki bukan di tentukan melalui bahasa ok. Melalui pandangan Allah SWT terhadap kita SBG manusia.. takto lah kan kalo ada yang murtad ke yang Kapir Harbi ke yang munafik usah di kira .

  3. Aloe Vera says:

    mungkin sebab Maya artis , netizen ambil peluang nak kecam bagai. Perkara kecil atau besar bergantung kepada penerimaan masing2. Kalau melenting untuk perkara mcm ni dan serang peribadi seseorang pun cukup menunjukkan yang kita sombong dengan teguran dan langsung tak boleh ditegur. Bab Bahasa ni (samada bahasa Inggeris or Arab)tak kata kat Maya pun, aku pun bengang kat anak sendiri klu camtu…samada aku bengang kat anak sendiri atau cikgu yang mengajar.

  4. z says:

    yang kaki kecam ko mmg golongan yg x nak berkembang.. masih di bawah tempurung sampai ke tua.. dunia semakin moden tapi ko maseh bawak prangai bodoh sombong..nanti keturunan ko masih di kelompok yg sama.. nanti bila x bkembang start ko marahkan kerajaan suma…. #AkaKhangin

Loading...