TV Luar Rumah Terbesar Dunia, Berharga RM6.2 juta

Teknologi

TV Luar Rumah Terbesar Dunia, Berharga RM6.2 juta

Jika di rumah, pasti kita sering mengadu, kecilnya saiz televisyen ini dan lebih selesa menonton wayang kerana skrinnya bersaiz besar dan memberikan satu kepuasan dalam diri kita.

Bagitu juga dengan kaum Adam, mereka lebih sanggup keluar malam bersama kawan-kawan di kedai mamak demi satu perlawanan bola ditonton di tempat terbuka demi mendapatkan satu kepuasan.

Advertisement

Selama ini, kita semua sering berfikir bahawa skrin televisyen yang bersaiz 70 inci sudah cukup besar untuk kita semua nikmati bagi menonton perlawanan bola sepak.

Tetapi anda silap, ini kerana mulai tahun depan, sebuah syarikat di luar negara akan mengeluarkan televisyen ‘outdoor’ paling besar di dunia.

Sebuah syarikat elektronik dari Austria, C Seed bakal melancarkan televisyen luar rumah, model C Seed 301 menjelang pertengahan 2020.

Televisyen luar rumah ini menuntut ruang terbuka untuk ditempatkan memandangkan ketinggiannya sahaja melebihi seekor zirafah!

Bahan yang digunakan

Ia diperbuat daripada bahan jenis ringan iaitu ‘carbon fiber’ dan titanium, sekali gus menjadikan C seed 301 hanya seberat 3630 paun (1630 kilogram), walaupun saiznya 301 inci.

Situasi angin bertiup kencang

C Seed 301 turut direka untuk terus berfungsi walaupun dalam situasi angin bertiup sehingga 50 km/j.

Andai kata sewaktu anda sedang menonton dan angin bertiup kencang, televisyen itu akan terlipat secara automatik serta memasuki ruangan simpanan yang berbentuk kotak.

Tujuh panel televisyen ini juga boleh melipat keluar semula apabila diperlukan, dan memerlukan 25 saat untuk keluar dari ruang simpanan berkenaan. Manakala 40 saat lagi masa diambil untuk membuka skrin.

Dengan pencahayaan 4,500 nits, nisbah kontras 4:500: 1 dan kedalaman warna 48-bit, anda dapat melihat dengan jelas pada paparan skrin walaupun cahaya matahari memancar di atas kepala.

Teknologi penciptaan model ini juga dilengkapi dengan hampir empat juta LED data imej proses sehingga 100,000 kali sesaat selain membolehkan C Seed 301 memaparkan 281 trilion warna.

Model baharu itu juga dilengkapi tiga pembesar suara dan tiga sub-woofer disertakan dengan output 2700W.

C Seed 301 juga dipakejkan oleh teknologi High Dynamic Range (HDR), sokongan video 4K.

Sebelum ini syarikat teknologi ini pernah menghasilkan dua model televisyen gergasi iaitu bersaiz 144 inci dan 201 inci.

Cipta rekod televisyen terbesar dunia

Justeru, model C Seed 301 bakal mencipta rekod sebagai televisyen terbesar dunia buat masa ini.

Bercakap tentang spesifikasinya sahaja pasti ramai yang berangan untuk memilikinya.

Berminat untuk mengetahui harga C Seed 301?

Sekiranya anda mempunyai duit yang banyak dan tidak tahu mana mahu dibelanjakan, barangkali, anda orang yang paling layak untuk membeli televisyen berteknologi tinggi ini dengan harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta).

Untuk makluman, bakal pemilik televisyen ini, syarikat pengeluar televisyen ini juga sudah mula membuka tempahan dan akan dihantar pada pertengahan tahun hadapan.

Jika anda beli televisyen paling besar dekat dunia ini, eloklah jika disedekahkan kepada perkampungan yang susah agar mereka dapat menonton televisyen bersama-sama dan ianya salah satu cara kita bantu mereka.

 

 

Sumber: Robb Report

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...