Tutup Wajah Anak, Sufi Rashid Nafi Ada Kaitan Dengan Penyakit Ain – “Tiada Kena Mengena Pun..”

Hiburan

Tutup Wajah Anak, Sufi Rashid Nafi Ada Kaitan Dengan Penyakit Ain – “Tiada Kena Mengena Pun..”

Penyanyi, Sufi Rashid menjelaskan pilihannya untuk menutup wajah anaknya dalam media sosial bukanlah disebabkan oleh penyakit ain.

Sebaliknya, Sufi atau nama lengkapnya Muhammad Sufi Rashid hanya mahu menjaga hati rakannya yang lain yang masih belum memiliki cahaya mata.

Advertisement

sufi rashid

Ramai juga yang sangka kita tutup muka anak kerana penyakit ain, sebenarnya tiada kena mengena pun.

 

Rezeki anak ni memang saya dan isteri rancang dalam tempoh lima tahun perkahwinan, cuma tak sangka kami dapat anak dalam masa singkat.

 

Sementara saya ada ramai kawan yang sudah berkahwin 10 tahun, namun masih berusaha dapatkan zuriat.

sufi rashid

Menurut Astro Gempak, penyanyi itu turut memberitahu dia menutup wajah anaknya demi mengelakkan adanya komen negatif daripada orang ramai.

Bagus juga tutup muka sebab orang-orang kita suka komen benda yang bukan-bukan.

 

Bila tutup muka anak, senang. Kita dapat elakkan daripada komen begitu.

Walau bagaimanapun, dia hanya akan berkongsi wajah mereka selepas usianya mencecah setahun.

sufi rashid dan isteri

Waktu isteri mengandung pun ramai tanya tip dan ada juga luahkan kesedihan sebab isteri mudah dapat anak sedangkan mereka tidak.

 

Sebab tu saya dan isteri buat keputusan untuk tak tunjuk muka anak di media sosial sampai umurnya setahun. Tapi kami bawa sahaja anak keluar berjalan-jalan.

Sebelum ini, Sufi mencuri tumpuan ramai apabila menutup wajah anaknya setiap kali memuat naik gambar di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

33 mins ago

"Dah Berbulan Aku Tak Jumpa Han & Yuki" - Kena 'Blocked' Di Whatsapp, Cik Epal Bawa Polis Ke Rumah Jofliam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...