Seakan kembali mencuri tumpuan warganet apabila dirinya dilihat semakin berani memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan badan berototnya tanpa memakai baju, penyanyi Ismail Izzani terima pelbagai komen daripada pengikutnya di laman Instagram.
Menerusi posting tersebut, Ismail tampil berkongsi foto terbaru perkembangan badannya yang dilihat semakin “sado” untuk tatapan umum.
“Percaya pada proses, ia mengambil masa.”
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, di sebalik pujian yang diterimanya, namun seakan tidak sedap didengar apabila wujud wargamaya yang mempersoalkan aurat yang terdedah meskipun Ismail menutup bahagian pusatnya.
“Perempuan tengok macam mana? Aurat lelaki dekat perempuan menyeluruh.”
Advertisement
Meskipun begitu, komen tersebut juga dibalas pengikut Ismail yang tampil menjelaskan bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut.
“Dah tutup pusat bang, aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Sekadar pencerahan.”
Sehingga kini, foto yang telah menerima hampir 53,000 tanda suka tidak henti-henti dihujani kata-kata daripada warga Instagram. Malah, rakan selebriti juga tidak ketinggalan memuji penampilan baharu Ismail yang dilihat semakin maskulin.

cik ikan
September 25, 2020 at 12:07 pm
ramai betoi yang komen aurat lelaki dari pusat sampai lutut…memang betoi komen salah seorang tu,,pusat smpai lutut tu antara lelaki dgn lelaki sahaja … byk yang xtau hukum tetapi gelakkan orang lain…..
ryu
September 24, 2020 at 8:58 pm
gagaga dari pusat sampai lutut. dia tutup pusat je. abistu, pinggang yg sama level dgn pusat tu xyah tutup? bukan aurat? amende HAHAHAHA