May 3rd, 2018

Walaupun sering memuat naik “posting” sedang bahagia bersama suami tercinta Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya. Adakah beliau sudah benar-benar serik dengan kecaman tidak henti daripada netizen mengenai kontroversi ruamh tangganya?

Menerusi portal Media Hiburan, Izreen memberitahu hati beliau kini agak tenang kerana tidak lagi menerima komen-komen negatif daripada netizen.

Bukan itu sahaja alasan beliau menutup ruangan komen, antara sebab lain ialah Izreen tidak mahu melihat suaminya sedih dan terguris hati apabila orang ramai terus “menghentam” lelaki itu mengenai kisah silamnya.

Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya. Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block supaya posting saya tak keluar di timeline mereka.

Saya sayang suami saya dan saya tak nak orang mengata tentang suami saya. Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ini tapi suami saya tak biasa. Saya tak nak orang kecam suami saya.

Ini yang dinamakan cinta sejati agaknya, risau emosi suami akan terganggu. Bagus Izreen kerana sebolehnya ingin menjaga suami dengan baik daripada setiap sudut.

Sumber Berita : Media Hiburan

65 responses to “Tutup Komen Instagram Sebab Tidak Mahu Orang Mengata Suami – Izreen Azminda”

  1. cici says:

    Dia kata dia akan kembali dalam industri… euww.. stesen tv mana ambil dia ni?? hanattt bebenooo la.. pls la.. tgok muka dia pun xselera… bluek

  2. princesskiwi says:

    ek eleh xnak suami awak kena bash oleh netizen..ckp jela awak xnak dimalukan di ruangan post kat instagram ko sendiri..poodahhh bluekkk
    #donemembawang

  3. Anonymous says:

    Kemain edit gambo..smpai licin habis tangan suami terchenta.. Ingatkan hati ude kental betul la..kalis cacian..rupanya hati tisu juga ye..terkesan juga dgn laharan netizen. Kemain lagi “#noonecanstopme” bagai.. Citpodahhh..tutup je la IG tu..dah xpayah muncul2 lagi la kat mana2 event ke drama ke.or menyelit kat mana2 gambar retis lain..nyampah la kalau ter tengok.

  4. N says:

    Alang2 tutup komen.tutup la ig terus

  5. Anonymous says:

    Muncung dah mcm hujung karipap giant je aku nengok.Mcm ujung jering pun ada.Pttlah org pggil jering.