Tutup Komen Di Instagram, Ini Respon Fattah Amin Bila Video Terlebih Manja Dikecam?

Hiburan

Tutup Komen Di Instagram, Ini Respon Fattah Amin Bila Video Terlebih Manja Dikecam?

Baru-baru ini video aski romantis dan terlebih manja Fattah Amin  bersama isteri tercinta, Fazura di khalayak ramai menerima kecaman netizen. Pada mereka, walaupun sudah halal tidak perlu terlalu menunjuk kemesraan sehingga ada yang naik “menyampah”.

Advertisement

Terbaru, Fattah memuat naik foto pesanan Imam Syafi’i berkaitan bagaimana seorang manusia itu tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. “Posting” tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi.

Fattah juga menutup ruangan komen pada gambar berkenaan. Adakah ia ditujukan buat netizen yang berfikiran negatif terhadap aksi “lovey dovey” beliau dan Fazura?

Mengenali Fattah, beliau memang seorang yang jarang ingin mengeluarkan sebarang kenyataan jika dihimpit dengan kontroversi. Mungkin ini cara “halus” Fattah menggambarkan perasaan beliau sekarang selepas teruk dikecam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.