Baru-baru ini video aski romantis dan terlebih manja Fattah Amin bersama isteri tercinta, Fazura di khalayak ramai menerima kecaman netizen. Pada mereka, walaupun sudah halal tidak perlu terlalu menunjuk kemesraan sehingga ada yang naik “menyampah”.
Terbaru, Fattah memuat naik foto pesanan Imam Syafi’i berkaitan bagaimana seorang manusia itu tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. “Posting” tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi.
Fattah juga menutup ruangan komen pada gambar berkenaan. Adakah ia ditujukan buat netizen yang berfikiran negatif terhadap aksi “lovey dovey” beliau dan Fazura?
Mengenali Fattah, beliau memang seorang yang jarang ingin mengeluarkan sebarang kenyataan jika dihimpit dengan kontroversi. Mungkin ini cara “halus” Fattah menggambarkan perasaan beliau sekarang selepas teruk dikecam.