February 1st, 2019

Dikecam gara-gara kontroversinya berkahwin dengan suami orang, pelakon Izreen Azminda sehingga hari ini masih lagi menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.

Mengakui beliau sebelum ini merasa tertekan dengan segala kecaman, Izreen akui hidupnya lebih tenang kini. Namun, beliau menegaskan bukannya takut untuk membuka kembali fungsi komen tetapi tidak mahu akaun Instagramnya itu dipenuhi dengan ‘sampah’ kata-kata negatif.

Memang emosi terganggu sebab komen mereka sangat keterlaluan. Cuba mereka duduk di tempat saya atau artis lain yang dikecam, apa mereka rasa?.

Disebabkan itu, saya ambil keputusan tutup ruangan komen dan ia sangat berbaloi. Sudah masuk tahun kedua saya tutup. Memang lega dan tenang saja. Tak perlu lagi saya hadap dengan komen jahat dan caci-maki mereka.

Saya bukannya takut, tetapi tak mahu Instagram dipenuhi dengan ‘sampah’ dan komen negatif. Kalau mahu apa-apa, boleh DM (direct message) saja. Ramai yang berbuat sedemikian dan saya akan balas.

Dalam pada itu, Izreen menyokong tindakan berani Linda Rafar memfailkan saman terhadap lebih 100 netizen. Kata Izreen, biar netizen sedar jangan sesuka hati hendak memijak kepala artis.

Sumber Berita : Harian Metro


40 responses to “Tutup Komen Bukan Takut Kena Kecam, Tapi Tidak Mahu Instagram Dipenuhi ‘Sampah’ – Izreen Azminda”

  1. nek pah says:

    HAHAHA kesian korang…sampah dia panggil korang.

  2. watever says:

    tumpang happy tgk intan bahagia dgn anak2. riak muka dia pmpk tenang n redha wlupn pasti terluka. baik x berlaki dr dpt laki x setia. tgk intan skrg dh bekerjaya kencang n makin maju. hangpa laki bini boleh berambus, jgn sshkn intan lg.

  3. nenek bawang says:

    aku berasa happy baca komen2 korang hahaha sambil kerja ni rasa hilang stress aku
    sambil tergelak2 aku baca. anyway guys u make my day : )

Loading...