Baru-baru ini, nama pelakon Datin Fauziah Gous menjadi bualan warganet gara-gara memuat naik satu video menari di platform TikToknya.
Hal yang menjadi bualan warganet apabila tudung yang dipakai oleh Fauziah terangkat hingga menampakkan sebahagaian inner baju seakan-akan warna kulitnya.
Biarpun ada membuat spekulasi itu adalah sebahagian kulit pelakon terbabit, tetapi ada juga netizen mempertahankan Fauziah dengan menjelaskan itu adalah inner bajunya.
Walaupun ada yang mempertahankannya, netizen tetap dengan pendirian merasakan isu itu timbul kerana kesalahan pelakon itu memakai tudung sedemikian.
Menurut netizen, seandainya dia memakai tudung mengikut panduan Islam yang sebetulnya, fitnah sedemikian tidak akan berlaku.
Bukan itu saja, netizen turut menegur bahawa tidak sesuai untuk seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan berhijab melakukan trend-trend seperti itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.