“Tutup Aurat Sepenuhnya Pun, Wanita Tidak Dijamin Selamat,” Luah Seorang Mangsa Deraan Seksual

Trending

“Tutup Aurat Sepenuhnya Pun, Wanita Tidak Dijamin Selamat,” Luah Seorang Mangsa Deraan Seksual

“Perempuan tu pakai seksi kot… entah-entah dia yang gatal, tak jaga diri…. perangai memang nak mintak kena rogol…”

Jijik sangat kenyataan begini.

Ilustrasi: Saher Imran

Dan video terbaru itu. Gambar sinar-X itu. Seseorang telah muat naik dan saya melihatnya. Saya tidak dapat tidur. Pagi tu ada peperiksaan Usul Fiqh II dan saya tidak dapat tidur malam itu. Kerana trauma saya datang semula dan saya perlu tenangkan diri atau saya tidak akan dapat jawab soalan peperiksaan.

Mungkin mana-mana perempuan saja boleh jadi mangsa (seperti Enno). Mungkin saya juga.

Kenapa? Sebab saya juga mangsa penderaan seksuaI. Bukan seorang lelaki saja, malah ramai. Saya kenal beberapa orang darinya, tetapi kebanyakannya tidak saya kenali. Saya tidak mahu ingat. Bukan sekali tetapi banyak kali, saya pun dah tak terkira. Alhamdulillah, saya tidak dirogol. Saya dapat lepaskan diri dari situasi tersebut. Saya larikan diri, tinggalkan tempat itu. Tinggalkan persekitaran itu. Tinggalkan tempat kerja di Damansara. Tinggalkan Shah Alam. Lari.

Adakah benda-benda ini terjadi pada perempuan yang pakai dan berkelakuan menggoda saja? Adakah saya berpakaian seksi, mekap tebal, berkelakuan menggoda?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Tak. Pakai tudung, tutup dada. Pakai jubah. Seluar longgar, baju labuh. Pasa satu tahap, saya pakai purdah – tetapi saya disuruh membuka purdah sebab nampak misterius dan mengujakan. Sentiasa senyum. Tak menggatal. Bercakap lucah bukan zikir harian. Tak bertepuk tampar dengan lelaki.

Tapi ia tetap berlaku.

Tetapi tiap kali pun saya dipersalahkan.

Kenapa jalan tak ajak kawan?
Kenapa pakai tudung merah?
Kenapa pakai hitam dari atas sampai bawah?
Kenapa pakai lipstick, eyeliner?
Aiman senyum dekat diorang ke?
Dan macam-macam lagi soalan. Mengarut semuanya.

Kenapa salahkan Aiman? Aiman buat hal sendiri. Aiman tak kacau orang. Aiman siap pakai purdah supaya orang tak tengok muka Aiman. Kenapa tidak analisa lelaki tu semua? Mereka memang membesar tak hormat perempuan ke? Mereka selalu tengok bahan lucah ke? Bahan lucah ganas? BDSM? Tak cukup kasih sayang dari mak ke? Kena tinggal kekasih pastu nak balas dendam ke?

Hampir diculik dalam bas Rapid. Jalan dengan abang saya, masih ada lelaki yang langgar siku dia terus pada dada saya. Berdiri dalam bas. Kena sentuh punggung. Nak masuk kereta, lelaki tarik. Terlalu banyak situasi yang tak ingin saya ingati dengan menulisnya. Saya tak suka ruang bawah tanah. Benci lif. Saya benci ruang tertutup. Saya benci tempat-tempat yang mengingatkan saya pada usaha saya untuk melepaskan diri. Kenapa tak buat laporan polis? Saya tak mahu ingat semua maklumatnya. Saya tak mahu ingat wajah syaitan dan tangan kotor mereka.

Lebih dari empat tahun. Bertarung dengan kemurungan. Kecelaruan stres pasca-trauma. Kebimbangan. Saya bergantung kepada pil yang diberi pakar psikiatri untuk teruskan hidup. Pergi pusat kaunseling macam jadual kelas. Pindah UIA, kerana inginkan persekitaran lebih selamat. Mula hafal Quran untuk menyembuhkan jiwa saya. Jiwa yang terluka. Menjerit sesewaktu peperiksan Undang-undang Jenayah kerana topik rogol, bunuh, penculikan terlalu menyakitkan.

Di tahun kedua, salah seorang pensyarah saya telefon saya dua hari sekali untuk pastikan saya masih hidup (Tuhan rahmati dia).  Terlalu sakit…saya lukakan diri saya sendiri banyak kali supaya kesakitan di dalam boleh keluar. Terlebih dos pil. Menghabiskan enam hingga tujuh bulan menjerit di rumah kerana sakit dalam hati dan dalam minda. Cuba untuk mati, demi Tuhan banyak kali. Tapi sambil itu merintih doa supaya Allah bagi saya kekuatan untuk terus hidup. Itu tempoh yang teruk dalam hidup saya.

Kenapa jadi teruk macam tu?

Sebab sesetengah lelaki sangat tak guna.

Jangan cakap tutup aurat penuh tu akan jamin selamat. Malah seorang kawan saya ada fetisy (obsesi)  pada perempuan tutup aurat. Menyebut ayatnya:

Lagi nampak alim dan terjaga lagilah menarik untuk aku bayangkan mereka merintih bila aku cemarkan (kesucian) mereka.

Bukan perempuan sahaja yang kena jaga diri.

Lelaki kena tanam dalam diri yang perempuan itu untuk dihormati, bukan untuk diguna sesuka hati.

Islam dah datang untuk tinggikan maruah perempuan. Untuk dilindungi, dihormati, disayangi. Sebab itu dalam Quran Allah cakap “Arrijalu qawwamun ‘ala nisa”. Sebab kau kena pimpin jalan supaya perempuan tu dapat dijaga sebaik-baiknya. Tetapi engkau bising-bising perempuan kena hormat lelaki dan dan bila perempuan salah sedikit engkau mula jatuhkan maruah perempuan secara seksual. Adakah engkau mengamalkan konsep hormat yang sama? Baru tadi baca komen:

Perempuan materialistik camni patut bagi barai dulu… hantaran murah sikit bila roadblock takda.

Baru hari itu, kawan cakap:

Saja la kan. I think I would never marry you, y’know. Kau berat. Small girls are easier to maneuver during sex.

Okay, tak mengapa. Saya tak kisah pun berat saya berlebihan, lebih kurang sifat yang diidamkan lelaki pada diri saya, bermakna saya lebih selamat.

Advertisement

Sekali lagi, adakah kamu amalkan konsep hormat yang sama pada perempuan?

Oh, dan sebelum kamu komen, “Lawa sangat ke Aiman ni sampai kena macam itu?” Tidak, saya tak perlu jadi secantik Mira Filzah atau Emma Watson untuk semua itu terjadi. Ia tetap terjadi.

Mengapa? Kerana kamu hanya pandang wanita seperti objek pemuas nafsu.

——————————
Maafkan saya untuk perkataan-perkataan buruk. Saya perlu keluarkan semua ini. Supaya semua orang tahu persekitaran yang selamat ialah tanggungjawab bersama: perempuan jaga diri, lelaki hormat perempuan. Safe and sound.

Untuk makluman,  Alhamdulillah, sekarang (saya) dah sembuh. Saya okay sekarang. Tersenyum dan ketawa semula. Terima kasih pada semua yang membantu saya hidup semula. Sekiranya ada sesiapa sedang melalui pengalaman serupa dan perlukan seseorang untuk mendengar, sila hubungi saya.

Kredit: Nur Aiman Kautsar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...