Pelakon Vanidah Imran tidak dinafikan antara artis wanita yang mempunyai wajah manis dan sering tampil anggun.
Dipuji kerana kecantikannya, Vanidah juga tidak dapat lari daripada soalan bila agaknya beliau akan mengenakan hijab.
Tidak cepat melatah, beliau menjawab isu tersebut dengan penuh sopan. Menurut Vanidah, menutup aurat bukan bermakna seseorang itu harus bertudung sahaja tetapi merangkumi pelbagai aspek lain. Banyak perubahan yang perlu dilakukan dan dijaga untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Memang wajib seorang wanita Islam menutup aurat tetapi kita tidak boleh paksa orang untuk berubah dalam sekelip mata. Biarlah ia dilakukan dengan ikhlas agar dapat terus beristiqamah. Doakan yang baik-baik sahaja buat Vanidah.