“Tutup Aurat, Bukan Peluk Sana Sini Kalau Sayang!” – Ziarah Kubur Suami, BCL Kena Tegur Hal Lain Pula

Dunia

“Tutup Aurat, Bukan Peluk Sana Sini Kalau Sayang!” – Ziarah Kubur Suami, BCL Kena Tegur Hal Lain Pula

Pada Februari, 2020 satu tarikh yang amat perit buat penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari serta keluarga apabila suaminya iaitu Ashraf Sinclair menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terbaharu, Bunga atau juga dikenali sebagai BCL memuat naik satu video di laman Instagram dirinya menziarahi kubur Allahyarham sempena menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Ramai rakan selebriti serta peminat turut meninggalkan doa mereka buat Allahyarham dan berharap agar penyanyi lagu Ingkar itu untuk kekal kuat harungi ujian di dalam dunia bersama anak lelaki.

Biarpun begitu, ramai juga yang menasihati BCL untuk menutup aurat dengan sempurna serta menjaga batas pergaulan jika benar dia menyayangi arwah suaminya.

komen netizen

Malah, ada juga yang memerli pemakaian penyanyi berasal dari Indonesia itu bahawa dia hanya menutup aurat apabila menziarahi kubur arwah suami, tetapi apabila kembali ke dunia nyata, pakaian yang dipakai langsung tidak menutup aurat.

Sekadar info, BCL mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada tahun 2008 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Noah Aidan Sinclair, 12 tahun.

1 year ago

(VIDEO) Tular Rakaman Ketika Buat 'Sound Check', Netizen Dakwa BCL Mengandungkan Anak Ariel Noah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...