Viral di media sosial baru-baru ini, satu hantaran oleh seorang pengguna yang memaparkan notis pemberitahuan oleh pihak peniaga di sebuah kedai borong di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran tersebut, peniaga memaklumkan akan mengenakan bayaran sebanyak 30 sen bagi setiap satu penutup kotak telur.
Perhatian, kotak telur kena bayar 30 sen satu untuk kotak tutup atas.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengeluh melihat kenaikan harga barangan ketika ini yang semakin menjadi-jadi.
Makin teruk keadaan Malaysia, semua harga naik, sampai kotak nak tutup telur pun kena bayar – netizen.
“Lepas ni, sekali sentuh dikira beli, macam-macam sekarang ni, yang tak patut naik pun dinaikkan harga, ambil kesempatan betul pihak peniaga ni, bila disoal kenapa mahal, macam-macam alasan bagi nanti,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.