(Tutorial) : Wanita Ini Kongsi Resepi Buat Sardin Sedap Seperti Dalam Tin. Jom Cuba!

Trending

(Tutorial) : Wanita Ini Kongsi Resepi Buat Sardin Sedap Seperti Dalam Tin. Jom Cuba!

SETIAP kali buka tin sardin, hati berdebar-debar kan. Sebab kita tahu benda tu tak sihat, banyak benar bahan pengawet (sebab tu tahan bertahun dalam tin), tapi nak makan jugak sebab sedap dia ya rabbi, tak boleh ampun.

Advertisement

Makanya buat sendiri sajalah. Tak perlu tunggu kau ada periuk Noxxa bagai. Akak tak perlukan periuk tu kat rumah. Pakai periuk biasa pun boleh.

Mudah, semudah sebut ABC jer buat sardin ni. Pastu masuk dalam freezer, boleh tahan sampai sebulan kau. Nak puasa ni elok kita buat banyak sekaligus. Mudah yang amat masa sahur nanti.

Okay ikut step di bawah ya.

BAHAN-BAHAN

1- Ikan Kembong/Selayang@Sardin
2- Bawang besar diracik halus
3- Cili Boh 2 sudu
4- TOMATO biji dan Tomato puri
5- Sos Ikan@sos sotong
6- Garam
7- Kicap barang sesudu

Cara-cara dia sila ikuti gambar di bawah. Kalau ini tak boleh buat, sila ketuk ketampi 1000 kali. Pastu kurus. Kihkihkih

1. Okay? Bersedia. Beli ikan. Apa-apa ikan yang kalian suka. Saya beli ikan kembong ni. Buang kepala dan ekor dia siap-siap. Kalau nak letak jugak kepala dia terserah. Tapi nak nampak real, aku buang terus. Beli ikan kat mana? Pejabat pos laju lah, mana lagi. Herghhhh…ni pun nak tanya.

2. Haaa..molek kejadiannya. Gigih akak susun satu-satu nak tunjuk kat korang. Tomato Puri akak pakai Ayam Brands juga sebab nak kasi aroma tu 2×5 macam dalam tin. Kihkih.

Bawang dan tomato potong siap siap. Comel-comel potong tu, kasi comel macam saya. Dan sos ikan 3 sudu (ikut selera kemasinan anda)

3. Tumis bawang dan cili boh barang seketika sampai layu dihujung rindu. Buat-buatlah kacau sikit, jangan pemalas. Kang hangit, akak jugak korang salahkan. Reti ke idok nak menumis? Tak reti tanya laki kau.

4. Lepas tu masukkan tomato puri+tomato buah+sos ikan+garam sikit sesedap rasa korang. Kalau pekat sangat, sila masukkan secawan air. Jangan cair tau.

5. Nah, indah kejadiannya. Ikan yang dah dibasuh bersih dan diselawat tadi, susun beratur dalam periuk. Akak pakai periuk renih sup biasa jer, yang beli untuk buat bubur nasi anak anak tu jer. Pakai periuk mak korang yang biasa tu pun boleh. Tapi api kena perlahan dan kena selalulah jengok kalau periuk biasa ni. Tu jer beza dia.

6. Masukkan kuah yang dibikin tadi dalam periuk ikan yang sedang bersusun tu tadi. Set periuk kat ‘ high’. Biar dia merenih kat situ, korang pergi layan Facebook dulu. Kata ramai peminat. Ahaks! Dalam 3 jam dah masak dengan jayanya.

Taraaaaaaaa….molek kejadiannya selepas 2 jam. Kalau nak menjadi sardin, KPI nya adalah sampai tulang ikan tu boleh dimakan. Ranggup dan berperisa. Gitu! Sekian persembahan Sardin Melankolia D’Amor aku untuk hari ini.

Sila share, insya Allah dapat pahala sorang sikit. Saya izinkan resipi Sardin D’Amore ni untuk dikongsikan ramai. Sila jangan segan.

Lepas ini, bolehlah hidangkan pula dekat mak, atau mak mertua ke, sebagai tanda ingatan, kasih sayang kita dekat mereka. Mana tahu, rasanya boleh sama seperti apa yang mereka masak dekat kita dahulu. Moh ler kita cuba.

Kredit : Tengku Khalidah Tengku Bidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...