Turun 40kg Selepas Bersalin, Wanita Ini Tekad Tinggalkan Suami Yang Sering Mengutuk Penampilannya

Trending

Turun 40kg Selepas Bersalin, Wanita Ini Tekad Tinggalkan Suami Yang Sering Mengutuk Penampilannya

Kebiasaannya wanita akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak selepas bersalin. Semasa postpartum ini, para ibu akan mengalami sindrom ‘baby blues’ atau emosi tidak stabil yang berlarutan dalam tiga ke lima hari.

Park Jee Won, wanita dari Korea ini berkongsikan dia telah menurunkan berat badan sebanyak 40kg selepas bersalin. Sejurus itu, dia terus bercerai dengan suaminya dan membesarkan anak mereka seorang diri. Nak tahu kenapa?

Advertisement

Postpartum depression

Sebelum ini, Park merupakan seorang ‘fitness instructor’. Selepas melahirkan anak, dia mengalami postpartum depression yang membawa kepada kenaikan berat badan dengan mendadak. Lebih memburukkan, suaminya sering mengutuk dan memperlekehkan penampilannya itu.

park jee won
park jee won

“Bukan sahaja tidak membantu, suaminya mula tidak suka padanya hanya kerana berat badannya yang naik selepas bersalin.”

Sejak daripada itu, dia berusaha menurunkan berat badannya semula dengan mengambil enam hidangan kecil pada setiap hari. Dia juga mula tinggalkan nasi dalam hidangan makanannya untuk turunkan berat badan.

makanan diet
makanan diet

Turun 40kg dan minta cerai

Selepas 10 bulan kemudian, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg. Tetapi walaupun sudah berjaya mendapatkan berat badan ideal, suaminya masih bersikap sama seperti dahulu dan masih mengkritik penampilannya.

diet
diet
Kecewa dengan sikap suaminya, dia tekad untuk bercerai dan menjadi ibu tunggal kepada anak perempuannya itu. Kini, dia aktif berkongsikan tips dan cara untuk menurunkan berat badan kepada semua wanita di luar sana menerusi laman Instagram.

diet
perempuan dan anak
perempuan korea
Sekali pandang, penampilannya kini seperti selebriti Korea! Semuanya hasil usahanya sendiri dan bukannya kerana lakukan pembedahan plastik untuk turun berat badan. Memang ‘tabik spring’ lah pada wanita ini. You go girl!

Sumber: Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...