Kebiasaannya wanita akan mengalami kenaikan berat badan yang mendadak selepas bersalin. Semasa postpartum ini, para ibu akan mengalami sindrom ‘baby blues’ atau emosi tidak stabil yang berlarutan dalam tiga ke lima hari.
Park Jee Won, wanita dari Korea ini berkongsikan dia telah menurunkan berat badan sebanyak 40kg selepas bersalin. Sejurus itu, dia terus bercerai dengan suaminya dan membesarkan anak mereka seorang diri. Nak tahu kenapa?
Postpartum depression
Sebelum ini, Park merupakan seorang ‘fitness instructor’. Selepas melahirkan anak, dia mengalami postpartum depression yang membawa kepada kenaikan berat badan dengan mendadak. Lebih memburukkan, suaminya sering mengutuk dan memperlekehkan penampilannya itu.


“Bukan sahaja tidak membantu, suaminya mula tidak suka padanya hanya kerana berat badannya yang naik selepas bersalin.”
Sejak daripada itu, dia berusaha menurunkan berat badannya semula dengan mengambil enam hidangan kecil pada setiap hari. Dia juga mula tinggalkan nasi dalam hidangan makanannya untuk turunkan berat badan.


Turun 40kg dan minta cerai
Selepas 10 bulan kemudian, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg. Tetapi walaupun sudah berjaya mendapatkan berat badan ideal, suaminya masih bersikap sama seperti dahulu dan masih mengkritik penampilannya.





Sumber: Instagram