Turun 16KG Dalam Masa Sebulan, Gadis Ini Kongsi Diet Harian Untuk Kurus Secara Sihat

Trending

Turun 16KG Dalam Masa Sebulan, Gadis Ini Kongsi Diet Harian Untuk Kurus Secara Sihat
picmonkey-collage-1

Gambar dari laman Facebook – Nur Shaerah Abdul Karim

Memiliki sebentuk badan yang ramping dan kurus menjadi impian setiap wanita di luar sana. Malah kalau dapat pakej dengan muka yang cantik memang bonus!

Tetapi untuk merealisasikan impian itu, memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi. Sekadar hangat-hangat tahi ayam, memang tak menjadi la jawabnya.

Advertisement

Satu perkongsian dari seorang wanita di laman sosial baru-baru ini telah mendedahkan bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16kg dalam hanya sebulan sahaja. Banyak juga tu. Bukan senang nak turunkan sebanyak tu dalam masa yang singkat. Apa agaknya diet beliau ye?

59 kg

43 kg

Perkongsian dari Nur Shaerah Abdul Karim di laman Facebooknya yang menceritakan bagaimana beliau berjaya kurangkan berat badan sebanyak 16kg hanya dalam masa sebulan. Beliau semakin cantik juga selepas kurus!

Hati dan minda kena kental

shutterstock_117974086 (1)

Jika nak kurangkan berat badan, dan dah mengambil inisiatif dan keputusan untuk berdiet, hati kenalah kental. janganlah diet lepas tu makan aiskrim, lepastu diet lagi, anda memang takkan berjaya.

Tidak makan karbo

shutterstock_98284562 (1)

Dari segi pemakanan juga, beliau langsung tidak memakan karbo seperti mee, nasi, roti dan spaghetti. Dalam 1 bulan, memang sukar kerana sudah biasa makan nasi setiap hari. Lebihkan makan buah-buahan.

Jangan sentuh benda benda manis

feature

Janganlah makan atau minum benda-benda bergula dan manis seperti aiskrim, coklat, air gas dan lain lain. Dan, yang paling penting, jangan sekali makan “Fast food” seperti Mc Donald’s, KFC, Pizza Hut dan lain lain.

Diet

asian-family-kitchen

Sarapan pagi: Telur 2 biji.

Tengah Hari: Makan lauk dan sayur.

Malam: Tidak makan langsung, tetapi, jika lapar, makanlah buah atau kudap-kudap.

Kudap-kudap ni bolehlah goreng ikan bilis dan masukkan dalam bekas. Jika lapar atau rasa nak makanan dalam mulut, bolehlah makan ikan bilis tu.

Bersenam

shutterstock_105506864 (1)

Kalau nak kurangkan berat badan, anda juga haruslah rajin bersenam. Beliau buat Zumba pagi, petang, siang dan malam. Rentakkan Zumba ni, sangat cepat dan senang untuk mengurangkan berat badan.

Minum air

10

Yang ni paling penting sekali.

Air boleh membantu penghadaman dan makanan boleh dicerna dengan cepat bila meminum air yang mencukupi. Selain itu, jika lapar, anda bolehlah meminum air. Minumlah air setiap kali anda berasa lapar.

Tidur dengan lena

shutterstock_220778143-1

Tekanan kronik boleh meningkatkan tahap hormon tekanan seperti kortisol dalam badan anda. Ini boleh menyebabkan kelaparan meningkat dan menyebabkan pertambahan berat badan.

Jika anda ingin mengurangkan berat badan, anda perlu mengkaji cara yang mungkin untuk mengurangkan atau lebih baik mengendalikan tekanan yang berlebihan dalam hidup anda.

Anda juga perlu berusaha untuk mendapatkan tidur yang lena, sebaik-baiknya setiap malam. Tidur yang lena sangat bermanfaat kepada program diet anda.

Kurangkan produk tenusu

shutterstock_188064959 (1)

Produk tenusu mengandungi laktosa tinggi (gula susu), yang melambatkan penurunan berat badan.

Selain itu, sebahagian daripada protein dalam susu menjana tindak balas insulin yang ketara, yang boleh mempunyai kesan yang sama.

Oleh itu, mengurangkan produk tenusu boleh mempercepatkan penurunan berat badan.

Ini khususnya kepada produk tenusu kurang lemak, seperti susu biasa dan pelbagai yogurt, tetapi berhati-hati dengan tenusu penuh lemak seperti krim, mentega dan keju.

Kalau nak berjaya dalam program diet ni, kenalah berusaha dan bersemangat.

Kita kenalah berkorban jika nak kurus. Kebaikan diet dan menjaga pemakanan adalah anda tidak akan menjadi gemuk semula. Berat badan yang dihilangkan tu, akan kekal hilang.

Kalau anda menelan pil-pil “ajaib” tu, anda mungkin kurus tapi berat badan boleh meningkat balik kepada berat yang asal. Berat badan yang dihilangkan dengan cara yang cepat, akan bertambah berat dengan cepat.

Sumber: The AsianParent

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...