Turun 12 KG Lepas Lahirkan Anak Pertama, Izara Aishah Amal Berpantang Secara Tradisional

Hiburan

Turun 12 KG Lepas Lahirkan Anak Pertama, Izara Aishah Amal Berpantang Secara Tradisional

Baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama pada 15 April lalu, pelakon cantik Izara Aishah dilaporkan telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12 kilogram. Hebat tu!

Bukan senang untuk para wanita yang baru melahirkan kembali ke bentuk badan asal, tetapi bukan mustahil untuk dilakukan.

Advertisement

Antara tips yang dikongsi oleh Izara Aishah adalah berpantang secara ‘paksa’. Baru-baru ini dia ada berkongsi momen perjalanan menurunkan berat badan di laman instagram miliknya.

“44 hari kak Erna dari Natalis jaga pantang. Dari 65 kg to 53 kg. Setiap hari diurut, sauna, ditungku, dipaksa pakai bengkuk dan jaga makanan,”

Melihat akan foto perbezaan bentuk tubuh badan melalui posting instagramnya itu, ternyata rutin selama 44 hari itu membuahkan hasil.

View this post on Instagram

Baby Snuggler ni boleh muat stroller ?? senang bawa jalan satu rumah ? @babysnuggler

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Izara Aishah yang juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkahwin dengan Adib Khalid pada November 2017 yang lalu. Hasil perkahwinan pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang dinamakan Irisa Alaia yang kini berusia hampir 2 bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...