Semalam telah berlangsungnya satu sidang media Saiful Apek tanpa kehadiraan 50 selebriti yang dikatakan ingin menuntut hak mereka daripada Mejar David Teo. Sebelum ini, Saiful Apek dikatakan ingin menuntut RM200,000 sebagai ganti rugi pelaburannya daripada David Teo. Namun semalam Saiful Apek akur yang tuntutan tersebut telah pun dibatalkan oleh mahkamah.
Menurut Apek, dia tidak tahu yang mahkamah telah pun membatalkan tuntutan tersebut. Katanya:-
Tuntutan tersebut dibuat sejak tahun 2005 lagi dan saya terkejut apabila dia (David Teo) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan kepada program hiburan Melodi di TV3 pada Ahad lalu dengan mengatakan kes berkenaan sudah ditutup. Saya langsung tak tahu apa-apa. Malah peguam saya sendiri tidak memberitahu hal itu kepada saya. Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah seperti dinyatakan pihak yang satu lagi (David)
Dan Apek juga turut memohon agar segala tulisan-tulisan negatif berkaitan dengan dirinya, David Teo dan arwah Bob Kuman dihentikan. Kata Apek, dia hanya menuntut haknya dan akur dengan keputusan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.
Saya sendiri tidak pernah panggil apa yang berlaku sebagai satu perang terhadap individu atau mana mana syarikat produksi tertentu. Ini hanya isu menuntut hak dan saya akur dengan keputusan yang melalui saluran yang betul
Diharap dengan selesainya perkara ini, tiada lagi suara-suara sumbang yang memburukkan Mejar David Teo, Saiful Apek atau sesiapa sahaja. Cukuplah kontroversi yang timbul sebelum ini. Daripada sibuk bergaduh sesama sendiri, lebih baik berusaha keras untuk berlakon dan mencari rezeki segala masih hidup. Tak gitu? Kredit info Mstar.