Sosialitas berasal dari Singapura, Jamie Chue mendedahkan bahawa dia pernah menjual beberapa buah beg jenama mewah Hermes hanya untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup ketika fasa penceraian bersama mantan suami, Nurdian Cuaca.
Difahamkan, Jamie telah bercerai dengan bekas suaminya iaitu seorang taikun Indonesia setelah 15 tahun mendirikan rumah tangga dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jelas Jamie, dia terpaksa menjual beg Hermes kepunyaannya itu kerana ingin menyara kehidupan dia dan dua anaknya sebelum memperoleh tuntutan nafkah yang dikemukan terhadap bekas suami.
Dia kemudiannya menerima nafkah bernilai RM1.8 juta sebulan selepas bercerai berikutan banyak pergelutan harta memandangankan Jamie dan Nurdian memiliki beberapa perniagaan secara bersama.
Selama penceraianku, saya sebenarnya banyak menjual tas Birkin untuk memberi makan anak-anakku. Nilai beg ini sangat tinggi dan ia adalah pelaburan yang sangat baik.
Dia ditemui ketika menjadi tetamu dalam sebuah program bual bicara podcast Pass The Power With Paige Parker yang berjudul Beyond The Birkins, baru-baru ini.
Jamie yang bergelar sosialitas dan mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram itu turut memaklumkan bahawa beg Birkin Hermes pertama dibelinya ketika berumur 31 tahun.
Sekadar info, Jamie memiliki lebih kurang 200 koleksi beg jenama Hermes di mana sebuah beg mewah tersebut berharga di antara RM35,000 sehingga boleh mencecah RM1.2 juta setiap satu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
October 8, 2021 at 4:13 pm
at least ada gak birkin untuk di gadai.. bukan nya miskin terus .. duhhh
Anonymous
October 7, 2021 at 4:29 pm
selepas bercerai setiap bulan dia dapat duit alimony dari bekas suami lebih kurang $500,000 Sing Dollars sampai sekarang. Hidup serba mewah. Dia cakap dulu dia sama2 membantu bekas suami untuk berjaya dalam perniagaan dan dia pun ada perniagaannya sendiri.
anonymous
October 7, 2021 at 4:00 pm
wow sebab tu lah kak mah beriya kumpul hermes ni ada value rupanya,tapi sayang sekali semua hermes kak mah kena rampas oleh kerajaan ,kejam sekali kerajaan perlaku kan sedemikian terhadap kak mah huaaaaaaa hu hu hu huuu huu huuuaaaaaaa kak mah nangiss
foxinthesox
October 7, 2021 at 2:02 pm
selalu tertengok ig dia.. rich, but empty and dry.. always looking for validation and sometimes it seem to look desperate. whats the whole point of having all the monies then?
pity u
October 7, 2021 at 2:12 pm
money cant buy happiness.
terpaksa ada semua benda2 ni utk disanjung org lain
what a poor soul
AND alsoooooooooo
berenti laa jd wanita yg bergantung kpd lelaki
masa kahwin dgn suami kaya, dia ada byk opportunity utk bina perniagaan
ada perniagaan bersama, tp bila bercerai smpai perlu gadai handbags, wtf???
savings semua mana?
alimoni dr ex husb tu boleh tahan brp lama sgt kalau lifestyle mcm tu