Sosialitas berasal dari Singapura, Jamie Chue mendedahkan bahawa dia pernah menjual beberapa buah beg jenama mewah Hermes hanya untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup ketika fasa penceraian bersama mantan suami, Nurdian Cuaca.
Difahamkan, Jamie telah bercerai dengan bekas suaminya iaitu seorang taikun Indonesia setelah 15 tahun mendirikan rumah tangga dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Jelas Jamie, dia terpaksa menjual beg Hermes kepunyaannya itu kerana ingin menyara kehidupan dia dan dua anaknya sebelum memperoleh tuntutan nafkah yang dikemukan terhadap bekas suami.
Dia kemudiannya menerima nafkah bernilai RM1.8 juta sebulan selepas bercerai berikutan banyak pergelutan harta memandangankan Jamie dan Nurdian memiliki beberapa perniagaan secara bersama.
Selama penceraianku, saya sebenarnya banyak menjual tas Birkin untuk memberi makan anak-anakku. Nilai beg ini sangat tinggi dan ia adalah pelaburan yang sangat baik.
Dia ditemui ketika menjadi tetamu dalam sebuah program bual bicara podcast Pass The Power With Paige Parker yang berjudul Beyond The Birkins, baru-baru ini.
Jamie yang bergelar sosialitas dan mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram itu turut memaklumkan bahawa beg Birkin Hermes pertama dibelinya ketika berumur 31 tahun.
Sekadar info, Jamie memiliki lebih kurang 200 koleksi beg jenama Hermes di mana sebuah beg mewah tersebut berharga di antara RM35,000 sehingga boleh mencecah RM1.2 juta setiap satu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.