Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak tahun 2016, pelakon Abby Abadi berkata dia sudah tidak mahu mendiamkan diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160,000.
Jelas Abby, urusan pembelian tanah tersebut dilakukan bersama dengan seorang individu yang dikenali sebagai Maslan Urmin namun terpaksa dilupakan buat seketika kerana banyak manipulasi dan penipuan telah berlaku.
Dia yang pada asalnya ingin mendirikan rumah di tanah berkenaan terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila terlalu banyak putar belit namun tidak juga selesai.
Pelakon drama Gerak Khas ini turut memberitahu bahawa ada ramai pembeli turut terpedaya dan menjadi mangsa kepada individu terbabit.
View this post on Instagram
“Sekejap cakap lain, sekejap cakap lain pulak. Sudahnya hampir lima tahun berlalu, tak juga selesai lagi. Saya diam ja sebelum ini. Ada dalam group baca ja perbualan antara pembeli-pembeli lain yang menjadi mangsa juga. Nak buat itu, nak buat ini. Bukan sikit duit saya beli tanah ni, RM160,000, masa 2016 dulu. Itu ja yang ada. Mak bantu juga, agar anaknya ada harta. Impian konon nak beli tanah, nak buat rumah sebab kita ni anak. Tapi macam kena main pula.”
Tambah pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia kini tidak mampu bersabar lagi memandangkan perkara tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.
View this post on Instagram
Dia menjelaskan hanya ingin haknya dikembalikan kerana bersusah payah mencari rezeki bukan untuk ditipu dan diperdaya.
Abby dalam pada itu turut meminta bantuan netizen mencari dimanakah lokasi individu tersebut. Setakat artikel ini ditulis, difahamkan lelaki berkenaan telah dijumpai hasil bantuan netizen yang menjejaki di mana keberadaan lelaki itu pada ketika ini.