Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan IVF

tunku azizah bantu izzue islam dapatkan rawatan ivf

Berat sebenarnya ujian dan dugaan buat pasangan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

izzue islam ivf

Advertisement

Mereka sebelum ini memberitahu ingin cuba rawatan IVF ataupun lebih dikenali sebagai bayi tabung dan betapa bertuahnya pasangan ini apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ingin membantu mereka untuk mendapatkan cahaya mata.

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh Tunku Azizah ketika mereka berdua bertemu di belakang pentas, semasa pementasan teater Mak Yong Oktober lalu. Umum mengetahui Raja Permaisuri Agong mempunyai Yayasan Fertiliti Tunku Azizah yang menawarkan penajaan buat pasangan yang terpilih untuk menerima rawatan IVF dalam usaha mendapatkan anak.

tunku azizah izzue islam ivf

Saya memang terkejut dan terharu sangat apabila Tunku Azizah sendiri tawarkan nak bantu saya dan isteri untuk dapatkan zuriat. Kami bertemu di belakang pentas selepas saya habis pementasan teater Mak Yong. Waktu itu memang tak cakap banyak sebab segan tak tahu nak borak apa.

Permaisuri ada bertanya mengenai kehidupan saya sebab baginda mengikuti perkembangan saya. Baginda ada kata kalau perlukan pertolongan, beritahu sahaja.

Advertisement

izzue islamMenurut Izzue, sehingga kini dia belum berkesempatan bertemu lagi dengan Tunku Azizah untuk berbincang lebih lanjut mengenai rawatan tersebut memandangkan jadual kerjanya yang padat. Namun, dia dan isterinya telah merancang untuk berjumpa semula dengan baginda pada awal tahun hadapan.

Semoga segala urusan Izzue dan isteri untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan. InshaAllah. Jangan pernah putus asa.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. erok

    November 6, 2019 at 9:30 am

    lawak netizen meleis ni hahahahahahahaha
    korang lagi PAKAR dalam segala HAL!!!

  2. Anonymous

    November 6, 2019 at 8:40 am

    pergi mohon kat yayasan tunku azizah. komen sini tak dpt apa

  3. Ros Linda

    November 6, 2019 at 8:33 am

    Bantulah saya untuk dapatkan anak juga…Kami pun tak mampu nak bayar kos yang mahal ini…Mengharapkan sponsor daripada Tunku Permaisuri juga

  4. Anonymous

    November 5, 2019 at 5:40 pm

    kann…..

  5. Anonymous

    November 5, 2019 at 5:07 pm

    sbb dulu kat sekolah bini izzue kaki buli kaki gangster.

Loading...
To Top