Baru-baru ini pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berkongsi percutian mereka ke luar negara menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Melalui video tersebut, dapat dilihat Hairul sekeluarga menaiki helikopter sambil melihat pemandangan di pergunungan salji.
Menurut Hairul menerusi caption video berkenaan, itu merupakan kali pertama mereka ke luar negara selepas tiga tahun.
Akan tetapi, perkongsian itu menjadi perhatian warganet apabila tempat peranginan yang ditunjukkan oleh Hairul seakan-akan sama dengan ‘sultan pemurah’.
Sebelum ini, lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘sultan pemurah’ pernah menghadiahkan hadiah mahal kepada beberapa selebriti dan pengguna TikTok lain.
Walau bagaimanapun, Hairul Azreen menafikan perkara berikut dan sehingga sekarang identiti kepada individu berkenaan masih lagi tidak diketahui.
Sebelum ini, warganet mendakwa bahawa anak kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Vida merupakan pemegang identiti itu kerana mempunyai suara yang seakan-akan sama.