Tunjuk Simptom Selepas Hadiri Majlis Keagamaan Di KL, Brunei Catat Kes Pertama COVID-19

Trending

Tunjuk Simptom Selepas Hadiri Majlis Keagamaan Di KL, Brunei Catat Kes Pertama COVID-19

Meskipun wabak COVID-19 sudah mula menular di sekitar Asia Tenggara sejak beberapa bulan dahulu tetapi negara Brunesi Darussalam masih tegap kerana tiada satu kes pun yang dilaporkan berlaku di sana. Walaubagaimanapun, tembok mereka runtuh apabila Kementerian Kesihatan Brunei mengesahkan kes positif pertama melibatkan virus itu kelmarin.

Pesakit ialah seorang lelaki berusia 53 tahun dan dikatakan baru sahaja pulang daripada Malaysia bersama tiga orang kenalannya yang lain. Setelah beberapa hari kembali ke Brunei, pesakit mula merasa kurang sihat dan menunjukkan simptom seperti sakit badan, demam panas, batuk dan selsema lantas telah mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Advertisement

covid-19 di brunei

Selepas disoal siasat, pesakit tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang mempunyai kes COVID-19. Lelaki tersebut dan rakan-rakannya menghadiri satu majlis tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur dan turut disertai oleh lebih 100 orang yang lain ahli yang berasal daripada Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Bukan itu sahaja, pesakit ini pernah membuat perjalanan ulang alik ke Miri pada 6 Mac juga sebelum menunjukkan simptom COVID-19 pada sebelah malamnya.

Pihak Kementerian Kesihatan Brunei mengambil tindakan lanjut untuk melakukan pemeriksaan kepada beberapa kontak rapat kes pertama bagi memantau status kesihatan mereka. Setelah pemeriksaan dilakukan, lima daripada mereka didapati positif COVID-19. Kontak rapat ini ialah isteri dan dua orang anak kepada kes pertama, seorang rakan kepada kes pertama dan anak kepada rakan tersebut yang turut sama hadir ke majlis keagamaan di Kuala Lumpur itu.

kes covid-19 di brunei

Buat masa ini, kelima-lima kontak berkenaan mengalami tanda-tanda jangkitan yang ringan seperti batuk dan selsema tetapi berada di dalam keadaan yang stabil. Mereka juga tidak menunjukkan simptom seperti demam panas selain tidak memerlukan bantuan pernafasan.

Nantikan perkembangan lanjut mengenai kes COVID-19 di AmazingNara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...